Followers


hello!!

Impiana Resort Cherating, Pahang Darul Makmur

Saturday 18 June 2011



Impiana Resort Cherating adalah sebuat resort 4 Bintang yang terkenal dengan pantainya yang memutih dn pemandangan yang memukau siapa sahaja yang memandangnya.Dengan menawarkan pelbagai variasi bilik seperti deluxe,superior dan suites para tetamu pasti kagum dengan pemandangan mengadap laut yang memukau disamping mendapat layanan yang mesra daripada staf yang bertugas.

LOKASI Impiana Resort Cherating terletak di pantai timur semenanjung,di penghujung negeri Pahang berhapiran sempadan negeri Terengganu.Lokasi yang cukup strategik iaitu di pusat pelancongan yang paling popular di pantai timur iaitu di persisir pantai Cherating yang cukup terkenal dengan pasirnya yang putih,pemandangan yang memukau serta pemandangan matahari terbit yang cukup mempersonakan. Lebih kurang 4 jam perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur menuju terus ke Kuala Terengganu.Ada yang mengatakan terdapat jalan pintas yang mungkin menjimatkan masa dan lebih dekat tetai demi menjamin keselesaan dan keselamatan ketika memandu,penggunaan lebuhraya ini amat-amat lah digalakkan.

KEMUDAHAN Memang tidak dapat dinafikan memang bertepatan dengan status 4 Bintang nya.Tandas superb...bilik superb...lanskap kemas beserta taman yang cukup indah untuk bersantai.Terdapat 'recreational center' bersebelahan 'Pool Terrace' bagi sesiapa yang berminat untuk beraktiviti seperti berbasikal,kenu dan ape jua aktiviti pantai seperti bolasepak pantai dan juga bola tampar pantai;semuanya ada untuk disewa pada kadar yang berpatutan.

RATING Status 4 Bintang yang dipegang Impiana Resort Cherating memang bertepatan.Daripada bilik hinggalah ke fasiliti yang disediakan,semuanya menggambarkan ciri-ciri resort 4 Bintang.Staf yang mesra dan sedia membantu serta keindahan lokasinya amat membantu menaikkan rating resort ini.



Travelog: Zenith Sales & Services Company Trip 3 - 5 June 2011

Tuesday 14 June 2011


Suatu pengalaman yang berbeza bila bersama-sama team Zenith bercuti di pusat peranginan Cherating yang terletak di penghujung negeri Pahang ini.Destinasi yang dituju adalah Impiana Resort Cherating. Perjalanan ke Impiana Resort Cherating mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Kuala Lumpur dengan menggunakan lebuhraya Pantai Timur menuju terus ke Kuala Terengganu.
Perjalanan kami bermula seawal 9 pagi dimana bas persiaran yang disewa khas kami bersiap sedia membawa team Zenith ke destinasi yang ingin dituju.Belum pun suku perjalanan kami,peserta trip ini meminta untuk berhenti rehat untuk membuang air;barangkali terlalu banyak minum air atau makan sebelum kami bertolak tadi.Pilot kami En.Razak lalu mencari tempat yang sesuai untuk berhenti.Hentian sebelah di Tol Gombak menjadi destinasi pertama kami untuk berhenti.Selepas lebih kurang 10 minit bas meneruskan perjalanannya kembali.


Tepat jam 12.30 tengahari,kami tiba di Teluk Chempedak,tempat yang kami rancang untuk berhenti makan tengahari.Kami singgah di McDonald Teluk Chempedak untuk makan tengahari lebih kurang 1 jam.Setelah selesai makan tengahari,bas mula bergerak terus ke Impiana Resort Cherating.Tepat jam 2.30 petang,kami tiba di Impiana Resort Cherating.Kami disambut mesra oleh staf yang bertugas dan dijamu dengan minuman yang rasanya agak pelik tetapi menyegarkan.Sampai saat blog ini dikemaskini kami masih lagi tidak mengetahui kandungan minuman itu.


Bagi mereka yang belum pernah ke Cherating, Impiana Resort mungkin boleh menjadi tempat anda menghabiskan masa cuti hujung minggu anda. Resortnya yang simple,lanskap yang kemas dan menarik dan kedudukan yang hanya beberapa meter dari pantai menjanjikan satu pengalaman percutian yang sangat santai.
Setelah selesai team Zenith mendaftar masuk ke bilik masing-masing,mereka meneruskan dengan aktiviti bebas samada berehat didalam bilik mahupun berjalan-jalan mengambil angin seterusnya melegakan sedikit lenguh-lenguh di kaki akibat daripada berada didalam bas terlalu lama dan mengharungi perjalanan yang jauh.
Tepat jam 7.00 malam,kami disajikan dengan 'buffet' makan malam.Beberapa jenis masakan melayu menjadi santapan kami pada malam itu.Bagi team Zenith yang bukan berbangsa melayu,ianya adalah satu pengalaman baru dan tidak kurang pula yang tidak menyukainya.Bagi kami di advatravel.com;jika hendak diberikan markah kepada masakan tersebutdari skalai 1-5 bintang,kami rasa masakan pada malam itu layak diberikan 3 Bintang.Setelah selesai menjamu selera,kami beredar dan meneruskan dengan aktiviti bebas masing-masing.




Pukul 7.00 pagi di Pool Terrace,tempat yang sepatutnya kami bersarapan kelihatan beberapa petugas resort sebok menyediakan sarapan pagi.Kami lantas dihampiri oleh Pengurus Resort En.Kamarudin yang meminta maaf atas kelewatan penyediaan sarapan.Lebih kurang pada pukul 7.20 pagi,segala persiapan telah pun selesai dan team Zenith mula menikmati sarapan pagi mereka sambil menghirup udara segar pagi dan pemandangan yang indah dan menyamankan.
Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi.Team Zenith berkumpul di padang bersebelahan kolam renang bersiap-sedia untuk acara 'telematch' mereka.Buat pertama kali dalam tempoh hampir 2 hari kami bersama di Cherating,kelihatan wajah-wajah team Zenith mula berubah kepada lebih ceria dan kami di advatravel.com amat berterima kasih kepada En. Eddie Roslan selaku pengelola acara 'telematch' pada pagi itu.Cara beliau mengendalikan team Zenith pada pagi itu amat disenangi team Zenith dan banyak yang kami belajar dari beliau dan pengalaman ini akan kami gunakan untuk mengendalikan kumpulan yang lain pula pada masa hadapan.
Setelah selesai membersihkan diri selepas berseronok dalam acara 'telematch' pada awal pagi,team Zenith berkumpul di 'Kedai Kopi' tepat jam 12.00 tengahari untuk menikmati makan tengahari.Menu masakan Melayu masih lagi dikekalkan tetapi dengan sedikit perubahan masakan yang disajikan.Rata-rata team Zenith berpuas hati.Selesai makan team Zenith diminta berkumpul di lobi dan bersiap-sedia untuk acara seterusnya iaitu 'Tour de Cherating'.



Destinasi pertama kami untuk 'Tour de Cherating adalah Pusat Kraf dan Batik di Balok.Menurut En.Eddie,selaku pemandu pelancong kami,Pusat Kraf dan Batik di Balok ini adalah salah satu pusat kraf yang terbesar di sekitar Cherating ini dan sering menjadi tumpuan pelancong asing.Setibanya kami disana,kami disambut oleh Pegawai Khidmat Pelanggan Pusat Kraf dan Batik tersebut dan tampa membuang masa beliau membawa kami ke sekitar Pusat Kraf.Bermula dengan hanya kain putih,sehinggalah ke proses pengeringan kain batik,semuanya diterangkan dan ditunjukkan dengan sabar oleh pegawai khidmat pelanggan tersebut.Banyak yang kami belajar dari kunjungan kami ke Pusat Kraf dan Batik ini tidaklah sia-sia dan bukan hanya melancong semata-mata tetapi ianya tetap memberikan kami informasi yang amat berguna.Destinasi seterusnya.....Kampung Budaya Cherating.


Bagi mereka yang mempunyai bajet yang rendah,Kg. Budaya Cherating mungkin tempat yang paling ideal untuk anda menginap. Tempat yang strategik di tepi pantai dan dipenuhi dengan chalet-chalet bajet yang bole disewa dengan harga serendah RM60 semalam hingga ke RM150 semalam.Disini juga menjadi pusat bagi peluncur papan air untuk beraksi dan disepanjang jalan kelihatan kedai-kedai cenderamata dan cafe dibuka dan sedia untuk menerima kunjungan anda.


Kami mengambil kesempatan semasa berada disini dengan mengunjungi Pusat Santuari Penyu iaitu destinasi terakhir dalam 'Tour de Cherating' ini tetapi malangnya ianya ditutup berikutan cuti umum dan cuti hujung minggu.Ingin kami nyatakan disini, adalah tidak logik jika pusat seperti itu tutup pada hari cuti,ini kerana pada masa seperti inilah warga-warga kerja di Malaysia pergi melancong.Jika pusat perlancongan ini tutup pada hujung minggu dan pada hari cuti am,apa gunanya mereka melancong...? Pada pandangan kami,pihak-pihak berwajib perlu meneliti perkara ini kerana tindakan menutup Pusat Santuari Penyu pada cuti umum dan pada hujung minggu adalah satu tindakan yang tidak masuk akal dan tindakan ini bakal membunuh industri pelancongan di kawasan Cherating itu sendiri.


Tepat jam 5.15 petang kami tiba di Impiana Resort Cherating;maka berakhirlah kembara kami dalam 'Tour de Cherating' ini.Team Zenith mengambil masa yang terluang sebelum makan malam BBQ dengan berehat dan bersantai bersama keluarga dan bagi mereka yang tidak puas dengan aktiviti,aktiviti bola sepak pantai menjadi pilihan mereka.Team Zenith dan wakil advatravel.com bersama-sama bermain bola sepak pantai dan secara tidak langsung aktiviti ini mengeratkan lagi hubungan antara kami.
Tepat jam 7.00 malam,team Zenith mula menikmati makan malam BBQ yang disediakan di kawasan pentas khas terletak bersebelahan Pool Terrace.Nyaman sungguh suasana biler sesekali menikmati BBQ di tempat yang terbuka lebih-lebih lagi di tepi pantai.Setelah keadaan reda sedikit akibat kekalutan team Zenith mengambil dan menikmati BBQ,kami di advatravel mengambil kesempatan meneruskan acara pada malam itu dengan acara penyampaian hadiah 'telematch' dan acara yang tidak disangka langsung oleh team Zenith iaitu acara cabutan bertuah.Cabutan bertuah ini adalah inisiatif kami di advatravel sendiri bagi memeriahkan dan untuk menunjukkan aprisiasi kami terhadap keyakinan mereka memilih kami sebagai penganjur bagi program pelancongan mereka.Setelah selesai segala acara dan makan malam,team Zenith terus sahaja menuju ke bilik masing-masing;mungkin terlalu penat akibat daripada jadual yang agak padat pada siang harinya.Tidak kurang pula yang masih lagi gagah mengharungi malam dengan berehat dan berbual-bual di tepi kolam renang sehingga lewat pagi.


Pukul 7.00 pagi 5 Jun 2011.Sarapan seperti biasa di Pool Terrace dan sarapan yang terakhir kami di Impiana Resort Cherating.Setelah selesai sarapan,kami menuju kebilik berkemas dan bersedia untuk berkumpul di 'Kedai Kopi' untuk makan tengahari dan seterusnya mendaftar keluar.
2 malam di Impiana Resort Cherating benar-benar menguji kami sebagai penganjur trip ini.Banyak perkara yang terjadi yang pada pemerhatian kami tidak sepatutnya berlaku tetapi kami tidak akan mendedahkannya disini.Apa yang penting kami telah melakukan tugas kami dengan amanah dan sepanjang kami bersama mereka di Cherating ini,kami telah berusaha bersungguh-sungguh demi menjamin keselesaan mereka.Pihak resort juga bertungkus lumus melayan segala karenah dan permintaaan kami.Sekalung tahniah diucapkan pada Impiana Resort Cherating dan terima kasih daun keladi kepada Zenith Sales & Services kerana memberi kepercayaan kepada kami mengendalikan program ini.