Followers


hello!!

about us



Advatravel.com dan label dibawahnya iaitu Scuba Shinobi telah ditubuhkan pada 12 Oktober 2010 berasaskan kesedaran kami iaitu betapa pentingnya kami sebagai rakyat Malaysia khususnya belia bumiputera bangkit dan seterusnya menyahut seruan kerajaan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan dalam masa yang sama memacu kearah kemajuan  ekonomi negara.
Sebelum ditubuhkan secara rasminya, Advatravel.com telah beroperasi lebih dari 2 tahun; tidak lebih sebagai memenuhi masa lapang dan juga sebagai sumber pendapatan sampingan. Atas keazaman dan kepercayaan kami yang Advatravel.com mampu pergi jauh, kami mengambil keputusan dan satu langkah yang besar dengan mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia seterusnya bergerak dengan lebih serius dan sepenuh masa. Dengan tertubuhnya Advatravel.com secara rasminya ini, kami berharap para pelanggan kami dapat mengalami satu pengalaman melancong yang tidak mungkin denikmati di mana-mana agensi pelancongan yang lain.
Berdasarkan konsep pelancongan yang kreatif dan juga strategi pemasaran yang berkesan, kami yakin mampu untuk memenuhi kehendak pasaran masakini sesuai dengan moto syarikat kami...

"experience excitement believe"

Visi  Menjadi peneraju utama dalam industri perkhidmatan pelancongan justeru memacu perkembangan ekonomi negara khususnya didalam sektor pelancongan dan mengoptimumkan prestasi kerja dan keuntungan syarikat.

Misi  Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetatif dalam dunia perniagaan yang sangat mencabar. Berkembang menjadi sebuah syarikat Sendirian Berhad. Menawarkan produk-produk pelancongan yang segar dan kreatif seterusnya lebih memperkenalkan Malaysia di mata dunia dan ini adalah tanggungjawab sosial kami di Advatravel.com

Objektif penubuhan Advatravel.com adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu menyahut seruan kerajaan supaya lebih ramai golongan bumiputera khususnya orang melayu menceburkan diri dalam bidang ekonomi.Justeru,kami mengorak langkah pertama dengan menubuhkan Advatravel.com demi membantu menyumbang kepada ekonomi negara dan demi memartabatkan bangsa seterusnya menjadi peneraju sektor perlancongan di negara ini.
Gagasan 1 Malaysia menjadi pendorong utama kami dimana kami yakin bahawa kami mampu bersaing. Berbekalkan semangat,azam dan pengalaman luas didalam bidang ini kami yakin kami mampu lakukannya dan kami yakin ‘Kami Boleh!’

"Pepatah Melayu, rezeki secupak tidak akan jadi segantang tidak berasas. Beras secupak boleh
bernilai segantang jika ditambah nilai dengan memasak dan menjualnya". –Tun Dr. Mahathir




segala pandangan atau pertanyaan sila ajukan ke.....

advablog@gmail.com - berkaitan blog
admin@advatravel.com - pertanyaan berkenaan pelancongan
irrwan@advatravel.com - pertanyaan am
hafiz@advatravel.com - pertanyaan am