Followers


hello!!

Janda Baik, Pahang Darul Makmur

Wednesday 18 May 2011

Serba sedikit tentang Janda Baik...terkenal dengan lagenda Seorang Puteri yang Berhati Mulia merawat mangsa2 perang. 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur menjadikan ia satu tempat pelancongan yang paling ideal untuk warga kota menghabiskan waktu hujung minggu bersama2 keluarga. Kaya dengan keindahan alam dan kesegaran udara, Janda Baik pastinya satu tempat yang paling sesuai untuk bersantai dan bagi penggemar aktiviti lasak, Janda Baik merupakan syurga buat mereka.



TERATAK MALAYA

LOKASI: Jauh ke dalam Kg. Janda Baik dan ‘landmark’ yg perlu diperhatikan adalah Klinik Desa dan juga Masjid, kalau dah terlepas kedua2 ‘landmark’ tu…maknanya anda dah sesat..

KEMUDAHAN: tandas ok…bilik ok (kipas)…ruang makan memang besar,dewan bertutup lengkap dengan PA system dan pentas,padang untuk sukaneka, obstacle course, paintball arena n macam2 lagi laa…

RATING: ermm…memandangkan tempat ni masih baru n masih belum siap sepenuhnye,keadaan agak
semak dan tidak teratur, lanskap ok tapi ada setengahnya agak keterlaluan dan menampakkan seperti tidak terurus. Secara keseluruhannya tempat ini memang sesuai untuk aktiviti Hari Keluarga dan juga sebagai Pusat Motivasi kerana jika siap sepenuhnya ia mampu menempatkan lebih daripada 200 peserta dalam satu2 masa. Jadi…kami rasa Teratak Malaya layak diberi 3 Bintang





D’Ark RESORT

LOKASI: Berdekatan dengan Teratak Malaya. Papan tanda yang cukup jelas dan amat menyenangkan pengunjung.

KEMUDAHAN: Demi menjaga privacy pengunjung disitu,kami tidak dibenarkan untuk melihat2 bilik tapi daripada pengamatan kami,kemudahan disediakan cukup selesa. Sudut membaca dan berehat ada disediakan,bilik2 chalet disusun dan dirancang dengan kemas,padang untuk sukaneka disediakan,ruang café yang sangat santai dan ruang makan yg amat selesa menjadi antara tarikan utama disini.

RATING: Secara keseluruhan D’Arc Resort adalah tempat yg patut dikunjungi. Persekitaran yg kemas dan selesa menjadi tarikan utama disini. Lanskap yg menarik menjadikan D’Arc tempat yg ideal untuk berehat dan lari dari kesibukan dan tension bekerja khususnya untuk warga KL yg sgt2 laa stress nya . 4 Bintang untuk D’Ark…good job!!!







SURIA HILL COUNTRY HOUSE

LOKASI: Masih di Janda Baik dan sekali lagi papan tanda memainkan peranan yang penting kepada pengunjung.

KEMUDAHAN: Bilik yg kemas…tandas setaraf hotel…setiap bilik berhawa dingin dan flat screen tv…open jacuzzi …dewan seminar n pendek kata semua kemudahan adalah selesa. Padang untuk sukaneka dan kawasan yg berpagar beserta pintu gerbang yg gah menampakkan lagi keeksklusifan tempat ini…

RATING: Suria Country House sememangnya setaraf hotel dan sesuai dengan konsepnya yg menekankan keselesaan dan amatlah sesuai untuk majlis2 korporat dan juga perkahwinan. 3 ½ Bintang untuk Suria Hill Country Homes.

2 comments:

ika said...

cayalah beb...

adva said...

oh yeahhh...menjadik..gagagga

Post a Comment